Kuala Besut untuk PKR,penyokong PAS akan beralih kepada UMNO?

PAS bersedia berbincang bersama rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat - PKR -berhubung calon yang sesuai bagi mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut, Pakatan Rakyat hanya akan kemukakan satu calon pada pilihan raya kecil itu walaupun Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata PKR bersedia untuk mengemukakan calonnya.

"Pakatan Rakyat akan kemukakan satu saja calon. Kita akan bincang dalam Pakatan Rakyat, sama ada dari PAS atau PKR, kita akan bincang.

"(Setakat ini), tiada keputusan lagi. Awal lagi. Biar keluarganya tenang dulu. Belum apa-apa lagi, SPR pun belum buat keputusan apa-apa lagi,," katanya ketika dihubungi media.

Kekosongan kerusi itu berikutan kematian penyandangnya, Dr Abdul Rahman Mokhtar, menyaksikan Terengganu sekali lagi menjadi negeri pertama yang akan mengadakan pilihan raya kecil (PRK) selepas PRU-13, 5 Mei lalu.

Pada PRU-13 lalu, perebutan kerusi antara PAS dan PKR amat ketara di Terengganu dengan pertindihan berlaku di DUN Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir.

Selain di Terengganu, pertindihan calon antara sesama parti pembangkang berlaku di Pulau Pinang apabila PAS menurunkan calonnya Mohd Yusni Mat Piah manakala PKR pula menampilkan Badrul Hisham Shaharin yang berhadapan dengan calon BN Datuk Mahmud Zakaria.

Mengulas lanjut Abdul Wahid berkata pemimpin Paktan Rakyat, kali ini akan kemukakan calon yang boleh menang (winnable candidate) di kerusi Kuala Besut.

"Kita akan duduk, parti-parti yang terlibat, dengar pandangan, lepas itu baru kita buat keputusan terbaik, parti mana dalam Pakatan Rakyat, itu kita akan buat keputusan," katanya sambil berjanji tidak akan berlaku isu pertindihan calon pembangkang lagi.

Beliau juga memberitahu, persediaan rapi akan dilaksanakan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat walaupun mengakui sukar untuk menentang kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu.

"Kita bertanding, untuk menang. Tiada yang bertanding untuk kalah. Kita akan pilih calon yang unutk mendapatkan kemenangan.

"Kita bekerja kuat, kita akan buat persediaan, susun strategi kita. InsyaAllah kita akan hadapi sebaik mungkin.

"Berdasarkan pengalaman kami, kita bertanding dalam pilihan raya kecil, parti lawan parti tapi sebenarnya kita lawan jentera kerajaan. Jadi, banyak kelebihan pada mereka. Itu situasi yang ada dalam sistem demokrasi negara kita," katanya.

BN kini mempunyai 16 kerusi berbanding PAS yang memiliki 14 kerusi dan PKR satu. Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, BN menang tipis apabila berjaya memenangi 17 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan itu.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL