Kerajaan tak gentar dengan Malaysian Spring - PM

KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata kerajaan tidak gentar dengan penggunaan ungkapan 'Malaysian Spring' untuk menggambarkan usaha menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan.

Sebaliknya, Najib menegaskan beliau tidak akan mengambil tindakan terhadap mereka yang menggunakan 'rakyat' untuk melahirkan rasa tidak puas hati, selagi tindakan mereka tidak melangkaui batas  undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Kerajaan tidak takut kepada perkataan Malaysian Spring, apa yang saya tekankan ialah apa-apa tindakan kita mestilah berpandu kepada perlembagaan negara dan kita akan tetap pertahankan perlembagaan negara," katanya ketika menjawab soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.Soalan Karpal Singh yang menyentuh pandangan kerajaan mengenai penggunaan perkataan 'rakyat' untuk melahirkan rasa tidak puas hati mengenai keputusan PRU13 dan cubaan mewujudkan 'Malaysian Spring' menjadi soalan pertama yang dikemukakan pada persidangan Dewan Rakyat penggal pertama ini.

Mengulas lanjut Najib berkata sebarang usaha untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada Malaysia.

"Penggulingan kerajaan melalui demonstrasi ataupun rusuhan jalanan seperti yang berlaku di negara-negara lain tidak akan membawa kebaikan kepada negara.

"Malah jika diamati dan diteliti, keadaan negara-negara yang bergolak angkara rusuhan dan pergolakan jalanan, tidak ada perkara positif yang terhasil daripadanya.

"Keadaan sosio ekonomi dan sosial negara tersebut masih tercalar akibat persengketaan dan belum menampakkan sebarang tanda-tanda untuk pulih seperti sedia kala," ujar Najib.

Terdahulu, Najib berkata perbezaan pandangan bukan penyebab malapetaka dan punca perpecahan, sebaliknya jika ditangani dan diurus dengan baik, ia mampu mendatangkan rahmat dan kebahagiaan kepada rakyat dan memajukan negara.

Kerajaan, katanya, mengakui kematangan dan kebijaksanaan rakyat dengan memberi hak untuk memilih kepimpinan negara melalui peti undi yang menjadi kaedah terbaik yang boleh diamalkan mana-mana negara.

"Ironinya, mereka yang lantang menyuarakan mengenai ketidakadilan, menerima pula keputusan di kawasan yang dimenangi mereka," katanya sinis.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL