10 NGO Suara Rakyat505 MENGAKU TERTIPU & TARIK DIRI DARI BlackOut505 ?
Sebelum ini, kumpulan yang dinamakan Suara Rakyat 505 yang diketuai oleh CheguBard dari SAMM telah dimalukan dan diperbodohkan oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang apabila gesaan mereka supaya majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24hb Jun ini tidak diendah oleh Pakatan Pembangkang....Penjelasan beberapa pemimpin tertinggi pembangkang yang tidak akan memboikot majlis angkat sumpah telah menyebabkan kredibiliti Suara Rakyat 505 hancur dan tidak boleh dipercayai lagi kerana suara NGO-NGO itu sendiri tidak didengar oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang.....Tatkala itu,
SAMM mendakwa bahawa 'hampir 60 NGO' menyokong kumpulan Suara Rakyat 505 yang telah dipermainkan dan diperbodohkan oleh kepimpinan pembangkang.....Segalanya berpunca dengan gesaan mereka supaya pembangkang memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen tidak diendah dan disampahkan oleh kepimpinan pembangkang.tidak terkejut dengan tindakan NGO-NGO itu kerana mereka merasa ditipu dan dikeldaikan demi kepentingan pemimpin pembangkang.Dan seperti yang MiM katakan di atas, laporan terbaru kumpulan Suara Rakyat 505 itu hanya menyenaraikan 51 NGO sahaja yang terlibat, pengurangan hampir 10 NGO jika dibandingkan dengan minggu lepas.Malah, kebanyakan NGO pro-pembangkang yang disenaraikan itu sebenarnya NGO tidak berdaftar serta mempunyai jumlah ahli yang kecil dan tidak layak mewakili suara rakyat Malaysia yang sebenarnya!
Yang lebih memalukan di dalam perutusan terbaru kumpulan Suara Yang Disampahkan Pembangkang 505' itu tidak pula mengulangi 'gesaan mereka supaya majlis angkat sumpah di Parlimen diboikot'. Sebaliknya, mereka hanya menyentuh SPR. Sikap hipokrit Chegubard dan NGO-NGO itu sungguh memualkan kita semua.
Realitinya, buat apa SPR perlu layan mereka jika kepimpinan Pakatan Pembangkang sendiri tidak mengendahkan gesaan mereka supaya majlis angkat sumpah diboikot!
Memang benarlah NGO-NGO ini telah diperalat, diperbodoh dan dikeldaikan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang.
10 NGO telah sedar diri daripada wayang kulit pembangkang. Rasanya, masih tidak terlambat untuk NGO-NGO lain dan mereka yang berniat untuk turut serta pada perhimpunan haram kelak untuk menarik diri.
Yang pastinya, pada 24hb Jun, semua ahli Parlimen Pembangkang akan hadir di majlis perasmian dan angkat sumpah di Parlimen pada hari itu!
Yang melopong tampak bodoh ialah NGO-NGO pro-pembangkang!
Comments