Surat sokongan ulama Yusuf Qaradawi...betul ke ni Pak Sheikh?


Kalau betul...no problem.Seperti mana-mana Hamba Allah lain Datuk Seri Anwar Ibrahim pun perlu 'surat sokongan'.Apa lagi kerja yang pembesar utama pakatan rakyat ini sedang cuba pohon ialah jawatan Perdana Menteri.

Tarikh temuduganya ialah pada hari Ahad 5 Mei ini yakni pilihanraya umum ke 13.

Kisah Anwar hendak guna surat ulama terkemuka ini untuk PRU13 sudah lama bocor dan kini nyata ia sudah diguna pakai dalam bentuk flyers dan sebagainya semasa tempoh kempen sekarang.

Cuma yang tidak sedap sikit sudah timbul kecurigaan tentang 'ketulinan' surat itu.

Betulkah surat sokongan itu ditulis sendiri oleh Yusuf Al-Qaradawi?

Agendadaily ada menerima satu risalah Kelab Penyokong BN yang mempersoalkan hal berkenaan.

Malu besar kalau ini sudah jatuh kes kelentong.

Isu ini sudah pun menjadi bahan bualan.

Rasanya Anwar perlu tampil dan jawab sendiri untuk elak kecurigaan.

Kecurigaan itu timbul ekoran tersebar pula salinan surat yang dikatakan ditulis oleh anak ulama itu yakni Mohamed Y.Al Qaradawi seorang pembantu professor di Universiti Qatar.

Menariknya ayat surat sokongan yang tertera dalam flyers ulama itu yang menyebut Anwar berkelayakan menjadi Perdana Menteri...sebiji seperti terkandong dalam surat Mohamed Y.AlQaradawi.

Dari segi prinsipnya apa yang ditulis oleh si anak itu tidak boleh dikira suatu pandangan bapanya.

Sudah jadi lumrah dunia ada bapa yang tidak sealiran dengan anaknya.

Sebagai contohnya apa yang ditulis oleh seorang anak Perdana Menteri tidak boleh dianggap sebagai tulisan Perdana Menteri itu sendiri.

Tandatanya yang terbesar sekali dalam isu ini ialah mana dia salinan surat asal dari Yusuf Qaradawi sendiri menyokong kelayakan Anwar itu.

Kalau tidak ada salinan itu dan sekarang ini dengan tersebarnya surat anaknya itu tentu sekali ia dikira sangat meragukan.

Jika kecurigaan ini benar maka nampak sangat Anwar macam terdesak sangat untuk pakai surat sokongan ulama itu.

Ada juga yang bertanya apa perlu Anwar bawa masuk surat seumpama itu dalam kacah politiknya?

Kalau nak kira belum ada lagi orang yang nak jadi Perdana Menteri Malaysia minta orang itu dan orang ini rekomen.

Pilihanraya adalah penentunya.Jika partinya menang pintu jawatan itu terbuka dengan sendirinya.

Apakah ini ada kaitan dengan harapan agar surat ulama besar itu untuk 'mengsucikan' dirinya dari beberapa dakwaan moral  termasuk video seks yang dikaitkan dengan dirinya.

Lojik akal berkata jika benar sekalipun itu surat Yusuf Al Qaradawi apakah ulama besar itu sudah selidik,siasat dan selongkar kisah dakwaan video seks itu sendiri dari pelbagai aspek atau sekadar mendengar ' penafian kosong' Anwar sahaja.

Semua orang tahu pakar luar negara di Amerika dan Korea Selatan sendiri sudah sahkan video China Doll 99.9 peratus tulin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana