Panasss!!!! Pertubuhan Silat Gayong lucut anugerah Anwar


SEREMBAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilucutkan jawatan sebagai Sandang Ketua Imam Khalifah yang dianugerahkan oleh Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM).

Menurut waris keturunan mutlak mahaguru PSSGM Datuk Paduka Siti Fadzilah, Anwar digugurkan kerana dilihat tidak selari dengan perjuangan silat seni gayong.

"Saya selaku waris mahaguru mengumumkan bahawa sandang Ketua Imam Khalifah yang dianugerahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tergugur dengan sendirinya kerana perjuangan beliau tidak selari dengan perjuangan Silat Seni Gayong.

"Beliau dengan jelas menyokong LGBT, pluralisme agama yang bercanggah dengan objektif dan misi penubuhan yayasan ini," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Selain daripada itu Fadzilah berkata Anwar telah gagal mengotakan janjinya kepada PSSGM yang dibuat sebelum ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana