KDN Rampas Akhbar Tabloid Pembangkang


PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri merampas beberapa buah akhbar tabloid disiarkan parti pembangkang kerana mereka didakwa mengedarkannya kepada bukan ahli parti.

Akhbar tersebut telah dirampas kerana telah melanggar syarat diperuntukkan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012, kata kementerian itu.

Seksyen 5 Akta tersebut mengehadkan pengedaran akhbar tersebut kepada ahlinya sahaja.

"Pihak kementerian, dalam satu operasi yang dijalankan di bawah Akta ini telah merampas 1,408 buah akhbar Suara Keadilan, 1,062 Harakah dan 70 The Rocket.

"Operasi dijalankan di premis menjual akhbar tabloid tersebut di seluruh negara bermula 22 Mei menerusi pemantauan dan amaran yang diberikan kementerian itu sebelum ini.

"Operasi tersebut akan dijalankan secara berterusan bertujuan untuk menguatkuasakan Akta itu dan bagi memastikan semua parti tidak melanggarnya," kata kementerian itu dalam satu kenyataan pada Khamis.

Suara Keadilan, Harakah dan The Rocket masing-masing merupakan akhbar Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana