Bot ekspres karam di Sungai Rajang

BELAGA: Sebuah bot ekspres yang sarat dengan lebih 100 penumpang yang dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing sempena Hari Gawai, karam di Sungai Rajang kira-kira jam 9 pagi tadi berdekatan bandar Belaga.

Bot terbabit dalam perjalanan dari Bakun ke Kapit dan Sibu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga, Liwan Lagang ternampak bot berkenaan terbalik dan penumpang berenang ke tebing sungai ketika beliau menaiki helikopter ke Kuching.

Beliau kemudiannya mendarat di Uma Tevok Long Buyun untuk bertemu mereka yang terselamat dan mengarahkan operasi mencari serta menyelamat.

Katanya, tidak dapat dipastikan sama ada mereka yang terkorban dan punca yang menyebabkan bot ekspres terbabit terbalik.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL