APA AGENDA DAP HINGGA TERLALU BANYAK RAHSIA? SEHINGGA TAKUT SANGAT APABILA IANYA TERBONGKAR?
Rupanya DAP ni adalah sebuah parti yang bergerak macam pertubuhan haram juga. Apa tidaknya, kalau parti tu sememangnya untuk umum, tentunya tak ada apa-apa agenda ataupun perancangan tersembunyi yang menjadi rahsia hingga menyebabkan Karpal Singh memberi amaran untuk tidak teragak-agak untuk menyaman bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abd Aziz Tunku Ibrahim.
Perkara-perkara yang menjadi rahsia ini rupanya memang wujud bila Karpal berkata, "Sebagai seorang yang benar-benar 'gentleman' beliau tidak seharusnya mendedahkan apa sahaja yang menjadi rahsia dalam parti kepada pengetahuan umum." Sekiranya tiada yang salah, tiada yang pincang, untuk apa DAP takut dengan "rahsia-rahsia" mereka? Bukankah kononnya DAP ditubuhkan untuk rakyat Malaysia, maka seharusnya tiada agenda yang menjadi rahsia atau tersirat disebalik apa yang tersurat. Sebagai sebuah parti yang bercita-cita untuk menerajui politik Malaysia, sewajarnya segala agenda, segala perancangan diketahui umum. DAP bukannya untuk keluarga Kit Siang, bukannya untuk keluarga Karpal Singh dan juga kononnya bukan untuk Cina sahaja!
Bila banyak agenda dan perancangan sesebuah parti itu dikatakan menjadi rahsia, ia seolah-olah membenarkan bahawa parti itu seperti parti yang bergerak bawah tanah. Agenda-agendanya tidak menepati atau menyongsang dari arus semasa negara. Kalau benar ini berlaku, maka DAP wajib diharamkan. Bila banyak perkara dikatakan rahsia, jelaslah DAP bergerak bukanlah melalui persetujuan ramai atau melalui permesyuaratan tetapi ianya bergerak atas persetujuan ataupun perancangan segelintir individu berkepentingan dalam DAP itu sendiri. Eloklah Tunku Abd Aziz terus membogelkan DAP.
Comments
http://merahnaga5.blogspot.com/