Anwar: Saya tidak akan bersara...InilaH Orang Panggil Munafik


PETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan beliau akan terus memimpin Pakatan Rakyat sungguhpun berjanji sebelum ini untuk berundur daripada politik.

Anwar berkata beliau tidak dapat menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana mendakwa penipuan besar-besaran berlaku.

"Jika tanpa ada penipuan, kita akan berada di Putrajaya hari ini, saya bukan tidak boleh terima kekalahan, tapi jika pilihan raya kalah dengan proses yang dijalankan secara telus saya akan bersara.

"Tapi dalam kes ini, kita menang, apa sebab saya nak undur, dia (Barisan Nasional) dapat undi 47 peratus dengan tipu takkan hendak minta orang (PR) dapat undi 51 peratus undur, kamu tidak malu ke?. Saya putuskan kita tidak akan undur," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pengggulungan pada Kongres PKR ke-9 di sini, hari ini.

Anwar yang memperhebatkan kecaman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum PRU13 dan semakin lantang selepas pilihanraya diadakan berulang kali mendakwa penipuan besar-besaran berlaku.

PKR mengugut untuk menfailkan 27 petisyen pilihanraya untuk keputusan pemilihan disemak semula.

Bagaimanapun tuduhan-tuduhan kononnya berpuluh ribu rakyat Sabah dan warga asing di bawa masuk ke Semenanjung setakat ini untuk mengundi secara haram, tidak disokong dengan bukti nyata.

Begitu juga dengan tuduhan bekalan letrik di beberapa kawasan di potong bagi membolehkan kotak undi tambahan di bawa masuk untuk memenangkan calon BN.

Sebelum ini, Anwar pernah menyuarakan hasrat meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya pakatan pembangkang gagal menguasai Putrajaya.

Kelmarin Anwar dibidas oleh bekas Naib Presiden Indonesida Yusuf Kalla kerana memungkiri janji untuk menerima keputusan PRU13.

Comments

Tanah Melayu said…
ini la ramai orang terpengaruh dengan agenda kencing anwar , mereka yang muda benci umno, sebb tu anwar amik kesempatan, so umno wajib berubah , ada masa 4 tahun 11 bulan

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana