Alahaiii...Mustafa Ali...PAS tidak akan tuntut kerusi MB Selangor


SHAH ALAM: PAS tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor daripada PKR walaupun memperolehi lebih satu kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata PAS juga tidak mempunyai masalah jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan untuk jawatan itu walaupun pelantikan Khalid dipertikai akar umbi PKR sebelum ini.

Media sebelum ini melaporkan terdapat usaha dari akar umbi PKR untuk mengguling Khalid berikutan ADUN Pelabuhan Klang itu langsung tidak membantu parti dan seringkali membelakangkan parti dalam membuat keputusan melibatkan Selangor.

“Kita (PAS) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu.

"Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada (Abdul Khalid). Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan,” katanya.

Pada Ahad lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi DUN sementara PKR hanya memperolehi 14 kerusi DUN.

Jika diikutkan jumlah kerusi calon menteri besar sepatutnya datang daripada parti PAS.

DAP tidak boleh meletakkan calonnya ekoran perundangan negeri Selangor memperuntukkan hanya individu beragama Islam dan Melayu sahaja boleh menjawat jawatan itu.

Semalam Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengakui pihaknya masih belum mempunyai nama untuk mengisi jawatan itu.

Beliau bagaimanapun berkata, keputusan bersabit isu itu akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat, yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Comments

Unknown said…
pak mus fuck must stop all kecut dengan PKR... ada video lagi dalam simpanan kot... he he he

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL