"Tuduh Umno 'parti sial', Hadi melampaui batas"


SHAH ALAM: Presiden Institut Kajian Islam dan Strategi (ISS), Dr Yusri Mohamad menegur budi bahasa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disifatkan sebagai melampaui batas dan ditegah agama Islam.

Hadi dalam satu ceramahnya di Setiu, Terengganu malam tadi berkata Umno sebuah 'parti sial' kerana kononnya menentang agenda PAS yang mahu memartabatkan Islam.

Pemimpin parti Islam itu turut mendakwa kerjasama PAS dan DAP dalam politik jauh lebih baik berbanding bersama Umno, parti yang membela agama, bangsa dan tanah air.Menurut Dr Yusri, Hadi sebagai seorang pemimpin yang membawa imej dan menyebarkan syiar Islam melakukan satu tindakan kurang wajar.

"Kita orang Islam, rakan seagama itu macam mana pun adalah harus diutamakan...kita sama-sama kenal Allah kenal rasul, cuma mungkin perbezaan pandangan," katanya.Ini bukan kali pertama kepimpinan PAS melontarkan kata-kata maki hamun kepada Umno yang menjadi seteru politik mereka.Hadi sebelum ini turut mengumpamakan Umno sebagai Firaun kerana memberi bantuan BR1M kepada rakyat.PAS lupa diri, tolak rakan seagama
Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad dalam pada itu menyelar kenyataan Hadi yang mengiktiraf kerjasama parti Islam itu dengan DAP.

Beliau menyifatkan Hadi sebagai lupa diri dan tidak mengenal siapa kawan dan siapa lawan.

"Dia tak sedar bahawa Umno itu seagama dengan dia, satu bangsa dengan dia dan sekarang ini membangunkan negara, dan memberi peluang begitu besar kepada orang-orang Melayu Islam untuk keluar dari kebodohan dan kemiskinan," katanya."Jadi saya yakin bahawa orang-orang Islam di Malaysia ini amat jelas tentang pendirian DAP berkenaan isu-isu Islam bukan sahaja hukum hudud, tapi keseluruhan hukum Islam mereka tidak menyokong dan tidak suka.

"Mereka (DAP) mahu jadikan negara kita liberal. Dan ini sudah tentu bertentangan dengan perlembagaan negara yang meletakkan acuan kenegaraan ini ialah kemelayuan dan keislaman," tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana