PRU13: 70 anggota keluar parti DAP, ikrar sokong calon BN


PANTAI REMIS: Seramai 70 anggota DAP di sini mengumumkan keluar parti dan berikrar memberi sokongan penuh kepada semua calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Beruas dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Baharu dan Pantai Remis pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Lima puluh anggota DAP cawangan Changkat Kruing dan 20 anggota dari Taman Bintang di sini mengambil tindakan itu kerana kecewa dengan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mereka dakwa menindas pengundi India di Parlimen Beruas.
Timbalan Ketua DAP cawangan Changkat Kruing G K Haridas memberitahu sidang media di sini hari ini, mereka kecewa dengan Ngeh yang tidak pernah turun padang menyelesaikan masalah penduduk setempat. "Tindakan keluar parti DAP diambil sebulat suara oleh ahli-ahli DAP Beruas sebagai protes dan bantahan secara terbuka kepada Ngeh dan calon DAP di DUN Pantai Remis dan Pengkalan Baharu.

"Kami berjanji akan memberi sokongan padu kepada calon BN yang sentiasa menjaga nasib orang India di kawasan Parlimen Beruas. "Kami berjanji akan menentukan mimpi Pakatan Rakyat ke Putrajaya tidak menjadi kenyataan. Kami sokong penuh pimpinan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak dan (Menteri Besar Perak) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir daripada kerajaan BN," katanya.

Haridas berkata, Ngeh yang juga penyandang Parlimen Beruas tidak pernah turun padang berkhidmat atau berjumpa pengundi India di kawasan itu.
"Janji-janji untuk menyelesaikan isu sekolah dan kuil atau menyediakan infrastruktur seperti jalan raya pada pilihan raya 2008 tidak pernah ditunaikan sehingga hari ini," katanya.

Beliau mendakwa Ngeh hanya menjaga kaum Cina saja dan tidak pernah memberi tumpuan terhadap pengundi India di Parlimen itu.

"Walaupun Parlimen Beruas dimenangi Ngeh dalam Pilihan Raya Umum ke-12, calon BN, Datuk Chang Ko Youn, Datuk Abdul Manap Hashim (calon BN Pengkalan Baharu) dan Kor Ser Yu (calon BN Pantai Remis) sentiasa membantu masyarakat India di Parlimen Beruas," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Ngeh mengalahkan Chang dengan majoriti 1,828 undi. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL