PRU-13: Sokongan pengundi petanda BN sapu bersih di Pokok Sena


ALOR SETAR 20 April - Sokongan luar biasa pengundi terhadap calon-calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Pokok Sena dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lada serta Bukit Pinang menjadi petanda BN bakal menyapu bersih kesemua tiga kerusi itu.

Calon BN di kerusi Parlimen Pokok Sena, Datuk Shahlan Ismail berkata, beliau baru sahaja selesai menghadiri majlis memperkenalkan calon BN di Hutan Kampung di sini dan sambutan yang diterima daripada para pengundi amat memberangsangkan.

''Lebih 3,000 orang pengundi menyambut calon-calon BN dan kita dapati ada satu gelombang baru di kalangan pengundi di Pokok Sena.

''Saya juga mengikuti program-program lawatan dari rumah ke rumah dan memang sokongan terhadap BN semakin kuat dan kita yakin BN boleh merampas kembali kerusi Parlimen dan DUN di sini,'' katanya di sini hari ini.

Pada PRU-12 yang lalu kerusi Parlimen Pokok Sena dan kerusi DUN Bukit Lada serta Bukit Pinang dimenangi Pas manakala BN hanya menang kerusi DUN Derga.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL