Manifesto Pakatan dibuat secara tergesa-gesa....Biasalah Giler Ke Putrjaya
SHAH ALAM: Pakatan Rakyat dilihat seperti tergesa-gesa dalam mengumumkan manifesto mereka pada Februari lalu, sehingga "terlepas pandang" beberapa perkara penting membabitkan kaum India di negara ini.
DAP pada minggu lalu mengumumkan 'Deklarasi Gelang Patah' di mana intipatinya untuk membela nasib kaum India yang didakwa sering ketinggalan dalam pelbagai aspek sosioekonomi.
Walau bagaimanapun Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini menegaskan Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf deklarasi DAP itu sebagai satu manifesto pembangkang dan mengklasifikasikan ia sebagai program tambahan untuk parti tersebut.
Perkembangan ini disifatkan Profesor Dr Sivamurugan Pandian sebagai tiada ketetapan dan kajian secara terperinci sebelum manifesto pembangkang diumumkan Februari lalu.
"Dalam manifesto asal itu mungkin tiada untuk memerihalkan usaha untuk meningkatkan kedudukan ekonomi kaum India, malahan sebaik sahaja diumumkan ramai yang mengkritik, termasuk pemimpin India dalam pakatan pembangkang.
"Deklarasi itu muncul selepas dikritik oleh ramai pihak yang mengatakan dalam manifesto itu tidak ada langsung untuk kaum India. Walhal yang membawa protes besaran itu Hindraf 2007," kata beliau.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga mempersoalkan deklarasi berkenaan diasingkan melalui parti dan bukan menggunakan atas nama Pakatan Rakyat.
Veteran DAP Lim Kit Siang yang bakal bertanding kerusi parlimen Gelang Patah pada minggu lalu mengumumkan 'Deklarasi Gelang Patah' yang mengandungi 14 perkara yang didakwa kononnya untuk meningkatkan status sosio-ekonomi masyarakat India di negara ini.
Antaranya berjanji untuk menyediakan peluang pekerjaan dan menaikkan gaji kakitangan India yang berpendapatan rendah dengan melaksanakan skim gaji minimum RM1,100 termasuk memansuhkan semua undang-undang anti-rakyat dan untuk menghapuskan diskriminasi.
Sementara itu pensyarah jemputan Pusat Pengajian Media dan Maklumat Perang (CMIWS) UiTM, Profesor Dr Baharuddin Aziz berkata hal tersebut boleh terjadi bergantung kepada kesesuaian pihak-pihak di sesuatu kawasan, keadaan dan masa.
"Mereka mungkin menyedari sesuatu bahawasanya untuk sesuatu kawasan itu kena ada strategi yang khusus," kata beliau lagi.
Baharuddin bagaimanapun berkata deklarasi yang diumumkan itu hanya 'indah dari segi rupa' sahaja kerana percaya pihak tersebut akan mengalami kepayahan dalam melaksanakan komitmen yang dikatakan itu, berdasarkan sejarah pihak pembangkang yang nyata sukar menunaikan janji kepada rakyat.
Dalam masa yang sama, beliau juga membayangkan kemungkinan Pakatan Rakyat akan menggunakan cukai pendapatan rakyat dan industri negara jika berjaya mentadbir negara selepas PRU13 nanti.
Dan ia perlu difikirkan kerajaan baru dari pihak pembangkang agar apa yang dijanjikan dalam manifesto dapat direalisasikan.
Comments