Ceramah Anwar di Felda Lepar Hilir Gagal Tarik Pengundi...Tandanya ANWAR Berkubur


KUANTAN: Kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menarik minat peneroka Felda Lepar Hilir 2 untuk mendengar ceramah beliau.Hanya kira-kira 100 orang termasuk petugas dan penyokong parti daripada PKR bahagian Kuantan hadir untuk memberikan sokongan.Felda Lepar merupakan salah satu daripada kawasan felda terbesar yang terletak di bawah Parlimen Paya Besar yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Anwar bercakap mengenai beberapa isu termasuk mengulangi janji Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak sehari selepas mereka mengambil alih Putrajaya.Beliau turut memberitahu hadirin bahawa dia telah memaafkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyebabkan beliau dipenjara.Anwar kemudian memperkenalkan calon PKR bagi Parlimen Paya Besar, Murnie Hidayah Anuar yang juga seorang peguam.Sementara Jefri Jaafar Tukemin pula calon bagi DUN Lepar.

Beliau berkata Pakatan Rakyat mempunyai sokongan yang kuat di Kuantan dan Indera Mahkota namun ia perlu dikuatkan di Paya Besar.Anwar menggesa hadirin supaya menyampaikan mesej berkenaan kepada semua dalam usaha memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di peringkat Parlimen dan DUN pda pilihan raya kali ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana