PDRM, ATM bekerjasama laksana tindakan drastik
Tungku (LAHAD DATU): Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan bekerjasama melaksanakan tindakan drastik terhadap kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang kini bersembunyi di Kampung Tanduo, dekat sini.
Perkara itu diumumkan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dalam sidang media sebentar tadi.
Beliau berkata, pihaknya juga sudah menggugurkan risalah dalam Bahasa Inggeris dan Suluk kepada kumpulan terbabit yang memberitahu amaran supaya mereka menyerah diri dan meletakkan senjata sebelum sebarang tindakan drastik diambil terhadap mereka.
Comments