Papa Gomo beri kata dua kepada Anwar...50-50 Anwar Berfikir Ni
SHAH ALAM: Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau 'Papa Gomo' hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui laman blognya kerana cuba mengaitkan pemimpin pembangkang itu dengan gambar perilaku songsang dua individu yang dimuat naik Sabtu lalu.
"Saya dengan ini memohon maaf diatas ketelanjuran saya yang menyebarkan gambar gambar berbentuk separa lucah kepada rakyat. Saya benar benar memohon maaf diatas kebiadapan saya ini yang mencerca Dato Sri dan melabelkan Dato Sri sebagai pengamal Homoseksual.
"Dengan permohonaan Maaf ini saya harap agar Dato Sri dapat balik menarik saman RM 100 juta yang difailkan keatas saya kerana saya orang susah, tidak ada duit sebanyak itu untuk membayar saman Dato Sri," katanya dalam sebuah kenyataan.
Blogger itu kemudian memberi kata dua kepada Anwar supaya menarik balik samannya dalam masa 48 jam dan jika tidak beliau akan membuat lebih banyak pendedahan 'homoseksual'.
Beliau mendakwa turut memiliki rakaman video di mana Anwar melakukan kegiatan tidak bermoral dengan seorang mahasiswa dari Sabah di Hotel Hilton Kuala Lumpur pada bulan Februari baru-baru ini sekitar jam 1 pagi.
Katanya Anwar menggunakan menantu lelakinya untuk membawa beliau keluar dan mencari mangsa homoseksual.
Papa Gomo mendakwa kesemua pendedahannya dibuat, "adalah untuk menyedarkan rakyat Malaysia bahawa Dato Sri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin dengan moral yang begitu jijik apatahlagi dengan ketagihan homoseksual yang saya lihat tidak dapat lagi dibendung".
"Apa sekalipun Dato Sri, saya juga dengan ini memberikan amaran buat Dato Sri untuk menarik balik saman tersebut dalam masa 48 Jam kerana jika Dato Sri tidak menarik balik saman tersebut serta membuat permohonan Maaf kepada saya maka saya dengan ini tidak akan teragak agak untuk mendedahkan lebih banyak paparan video Homoseksual Dato Sri untuk tatapan rakyat."
Papa Gomo sebelum ini sering dikaitkan dengan pendedahan rakaman video dan gambar lucah yang didakwa sebagai Anwar, namun ini merupakan kali pertama Ketua Umum PKR itu mengambil tindakan menyaman pemilik blog berkenaan yang kini identitinya bukan lagi rahsia.
Sebelum ini Anwar turut dikaitkan dengan rakaman video seorang individu lelaki miripnya mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita dipercayai warga Cina di sebuah hotel di ibu negara.
Comments