Gambar MAS Terima Pesawat A380 Keenam...Terbaik


SEPANG: Malaysia Airlines (MAS) melancarkan pesawat Airbus A380 keenamnya yang merupakan pesawat terakhir melalui pembelian yang dibuat pada Disember 2003.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata pesawat itu juga menjadi pesawat A380 ke-100 yang dikeluarkan dari kilang pemasangan di Toulouse, Perancis.
"Pesawat yang telah lama ditunggu-tunggu telah tiba dan kami sangat gembira untuk menerima pesawat keenam ini," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.Ruang kokpit
Menurut MAS, pesawat itu berlepas dari Perancis pada Khamis sebelum tiba di Malaysia sekitar pukul 3.30 petang, Jumaat.
Dengan kapasiti 494 tempat duduk, MAS merancang untuk menggunakan kapal terbang ini sebagai sebahagian daripada dua penerbangan harian A380 ke London dan satu penerbangan harian ke Paris.Pesawat A380 MAS dengan kapasiti 494 tempat duduk.Turut dinyatakan, A380 juga akan melakukan penerbangan harian ke Hong Kong, bermula 1 Mei 2013.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL