Zin terima cabaran debat oleh Pakatan...


SHAH ALAM: Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor, Datuk Seri Zin Mohammad hari ini menyahut cabaran pemimpin Pakatan Rakyat untuk berdebat mengenai manifesto.Bagaimanapun, beliau hanya bersedia berdebat selepas manifesto Barisan Nasional (BN) peringkat Selangor dilancarkan."Tunggu kita bagi manifesto kita dulu. Manifesto kita akan dilancarkan selepas manifesto peringkat kebangsaan."Selepas kita lancarkan manifesto peringkat negeri, saya bersedia untuk pertahankan," katanya pada sidang media di Bangunan Umno Selangor, di sini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan beberapa pemimpin Pakatan semalam yang mencabar pemimpin BN untuk berdebat mengenai manifesto parti komponen tersebut.Dalam sidang media yang sama, Zin yang juga Koordinator BN Selangor turut mendakwa kadar pelaburan di negeri ini semakin menurun.
Menurutnya, ia adalah berdasarkan laporan Ketua Audit Negara dan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri yang menunjukkan trend pelaburan kerajaan Selangor semakin merudum.Justeru, ia sekaligus menunjukkan kerajaan Pakatan gagal dalam mentadbir Selangor dalam tempoh lima tahun pemerintahan.

Mengulas mengenai manifesto Pakatan yang dibentangkan pada Isnin lalu, Zin berkata janji pakatan pembangkang itu untuk mewujudkan Suruhanjaya Anti-Monopoli sepatutnya dilaksanakan di Selangor dulu."Satu lagi janji dalam manifesto mereka ialah kononnya mereka ingin menghapuskan monopoli dengan mewujudkan Suruhanjaya Anti Monopoli. Saya fikir ia sepatutnya dilaksanakan di Selangor dulu.
"Industri perlombongan pasir yang bernilai berbillion ringgit hanya dimonopoli Kumpulan Semesta .Ia wujud pada zaman kita atau mereka?," katanya.

Zin yang juga Ahli Parlimen Sepang seterusnya berkata manifesto tersebut hanya untuk memancing undi apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini pernah mengakui manifesto bukan janji.
Isnin lalu Pakatan Rakyat melancarkan manifesto pilihan raya mereka yang bertemakan “Pakatan Harapan Rakyat” menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangka diadakan April depan.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL