Uthayakumar tolak janji lisan Anwar...Tamparan Hebat Buat ANWAR dan PR
SHAH ALAM: Pemimpin Hindraf P Uthayakumar menolak janji lisan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya Pakatan Rakyat akan menyelesaikan masalah masyarakat India dalam masa 100 hari, sebaik sahaja menawan Putrajaya.Sebaliknya beliau berkata, jika Anwar benar-benar ikhlas, pihaknya perlu memeterai perjanjian bertulis sekaligus mencerminkan kesungguhan parti itu membela nasib masyarakat India di negara ini.“Kita harapkan Pakatan ikhlaslah untuk membantu untuk melaksanakan tuntutan Hindraf. Kalau betul-betul ikhlas, ‘sign’ sajalah.
“Bagi saya, lisan tak boleh, kita tidak boleh terima secara lisan,” kata Utayakuma.
Uthayakumar menegaskan perjanjian bertulis penting bagi memastikan nasib kaum India tidak terus dimanipulasikan untuk kepentingan mana-mana parti politik, terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangka diadakan selewat-lewatnya April depan.“Kenapa tak boleh lisan? Kalau macam itu, berkahwin juga secara lisanlah, tak perlu untuk tanda tangan. Mudahlah,” katanya.
Uthayakumar juga berkata masyarakat India sudah lama bersabar dan mereka tidak akan teragak-agak untuk menarik balik sokongan terhadap Pakatan Rakyat.“Kita sudah pun bersabar sejak lima tahun dulu termasuklah bersabar di negeri-negeri pembangkang, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor, kita sudah terlalu bersabar,” ujar Utayakumar.Ugutan Uthayakumar itu sudah cukup untuk menggerunkan Anwar dan seluruh jentera politiknya, ditambah lagi dengan perkembangan terbaru yang menyaksikan Kerajaan Persekutuan pada awal bulan ini bertindak menarik balik pengharaman Hindraf.
Comments