PKR semakin terdesak minta bantuan warga emas
SEREMBAN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa semakin terdesak apabila meminta kepada lebih 20 warga emas yang menghadiri ceramah beliau di Rantau dekat sini malam tadi agar menjadi pegawai penerangan pakatan pembangkang di kawasan itu.
Tindakan terdesak itu didakwa bertujuan agar kumpulan terbabit dapat membantu menyebarkan maklumat mengenai pakatan pembangkang dalam usaha memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.
Malah, ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong Keat Ping dalam ucapannya yang turut diselitkan perkataan 'Insya-Allah', juga berharap orang ramai dapat menggalas tanggungjawab itu berikutan media tempatan dikuasai oleh Barisan Nasional (BN)
"Kita bukan sahaja mahu merampas Putrajaya tetapi berhasrat untuk menang di Negeri Sembilan. Insya-Allah kita akan berjaya.
"Untuk itu, saya melantik semua yang ada di sini menjadi ejen penerangan pakatan pembangkang bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau," katanya ketika berucap pada Ceramah Kelompok pakatan pembangkang di Pejabat DAP Cawangan Bandar Ekar Rantau dekat Rantau di sini malam tadi.
Eizabeth Wong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Pelancongan negeri Selangor turut menyindir mereka yang membangkitkan isu air di Selangor, soal pemberian kontrak dan pengurusan kewangan pakatan pembangkang.
"Saya hendak cerita di Selangor, semua orang akan tanya adakah negeri itu tidak mempunyai air, tetapi kalau pergi ke Selangor air bukan sahaja melimpah dari empangan malah air melimpah sehingga ada jalan yang banjir di sana," katanya di hadapan penyokong yang semakin berkurangan itu.
Sambil mendakwa syarikat yang menguruskan air di Selangor gagal, Elizabeth sekali lagi menggelirukan rakyat apabila memberitahu hanya di negeri itu sahaja rakyat akan memperoleh air percuma, berbanding seluruh dunia.
Comments