Pinda manifesto pakatan: Anwar tidak profesional..dan Bercelaru
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meminda manifesto dengan menambah perkara berkaitan royalti minyak dengan tulisan tangan di Pasir Puteh, Kelantan semalam telah mencacatkan manifesto pakatan pembangkang keseluruhannya.
Malah, tindakan Anwar itu dikatakan tidak profesional dan dianggap bertindak sesuka hatinya.tindakan meminda sesuatu dan bertindak sesuka hati tanpa berbincang adalah perkara biasa bagi Anwar.Ketua Pembangkang seorang yang angkuh dan sombong kerana tidak membawa perkara tersebut di peringkat jawatankuasa pusat."Bagaimana beliau hendak jadi Perdana Menteri sekiranya boleh meminda manifesto sesuka hati hanya setelah diminta berbuat demikian oleh pertubuhan bukan kerajaan atau mana-mana individu,"
Anwar dilaporkan telah meminda manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pakatan pembangkang dengan menambah perkara berkaitan royalti minyak selepas dipersoal oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ketika menghadiri satu majlis di Pasir Puteh petang semalam.Tambahan perkara itu ditulis beliau menggunakan tulisan tangan dan ditandatangani sambil mendakwa ia terlupa untuk memasukkan perkara tersebut yang selama ini diperjuangkan oleh kerajaan Pas Kelantan.
Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Ruslan Kassim pula berkata, perbuatan Anwar yang meminda manifesto tanpa berbincang itu sebagai sangat terdesak untuk menutup kesilapan pakatan pembangkang.Malah, kerelaan Anwar membuat pindaan serta-merta setelah didatangi sebuah NGO itu hanya bertujuan memancing undi.
Katanya, banyak perkara lain "terlupa" atau sengaja dilupakan oleh pakatan pembangkang di dalam manifesto tersebut termasuk hudud, agama Islam, selain isu royalti minyak.
Comments