Panass!!!!Turunkan banner PM,kerajaan P. Pinang dikecam...Tindakan Bodoh
GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP dikecam kerana menurunkan banner Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan 'Gong Xi Fa Cai' (Tahun Baru Cina) kepada masyarakat Cina di negeri itu.
Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata langkah kerajaan negeri itu merupakan satu tindakan keterlaluan berikutan maklum balas diterima juga menunjukkan beberapa individu telah memijak gambar Najib selepas banner diturunkan.
Dr Ng berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng perlu memohon maaf atas tingkah laku tidak sopan terhadap seorang Perdana Menteri Malaysia.
"Beliau (Lim) perlu ingat (Najib) adalah Perdana Menteri Malaysia termasuk Pulau Pinang. Memijak muka Perdana Menteri adalah sama seperti memijak muka Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'My Beautiful Malaysia' di Dataran Taman Negara, Teluk Bahang, di sini, hari ini.
"Sekiranya sebuah banner (dengan gambar Perdana Menteri) dikoyak ia bermakna menolak Malaysia," kata Dr Ng ketika diminta mengulas tindakan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menurunkan banner ucapan Najib kerana mereka yang memasang tidak memohon permit.
Beliau berkata kerajaan persekutuan sentiasa membantu membangunkan Pulau Pinang demi kebaikan rakyatnya walaupun negeri itu tidak ditadbir oleh Barisan Nasional (BN).
"Jangan terlalu taksub dengan politik. Ada benda yang anda tidak boleh mempolitikkan sekiranya ia untuk kebaikan rakyat Pulau Pinang. Jadilah kerajaan bertanggungjawab dan memberi khidmat baik kepada rakyat. Jika kerajaan persekutuan mahu membantu, biarkan aje," katanya.
Dr Ng berharap rakyat Pulau Pinang memahami dan merasakan keikhlasan kerajaan pusat untuk memakmurkan negeri itu berikutan sekitar RM140 juta dibelanjakan sebelum ini untuk merancakkan industri pelancongan di negeri tersebut.
Comments