NGO desak Karpal Singh mohon maaf secara terbuka.


BACHOK 10 Feb. - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati) menggariskan tiga kesalahan besar Pengerusi DAP, Karpal Singh yang dianggap telah mencabar kedudukan Islam di negara ini.

Aktivis Ummati, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, tiga perkara itu ialah menentang hukum hudud, menentang pelaksanaan negara Islam dan isu penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam.

Menurutnya, ketiga-tiga perkara itu menyentuh sensitiviti agama Islam.

Sehubungan itu katanya, Ummati mendesak Karpal memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada seluruh umat Islam bagi mengekalkan keamanan masyarakat berbilang agama dalam negara.

"Karpal perlu ingat, sebelum ini orang Islam tidak pernah mengganggu-gugat atau mencabar kedudukan agama-agama lain malah orang Islam menghormati kebebasan mereka," katanya semasa menyampaikan ceramah Maulidur Rasul di Kampung Perupok dekat sini malam tadi.

Comments

Popular posts from this blog

'Saya Tak Boleh Hidup di Malaysia Jika Hudud Dilaksanakan' - Marina Mahathir

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL