Isu Kalimah Allah : Pas Rupanya “Gunting Dalam Lipatan”


KOTA BAHARU, 28 Feb – Pas menggadaikan seluruh prinsipnya yang pada satu ketika dahulu kononnya mahu memartabatkan Islam, sebaliknya kini menjadi `gunting dalam lipatan’ terhadap umat Islam di negara ini berkaitan isu kalimah Allah.Pendedahan Anwar bahawa Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri yang menyediakan dan menandatangani persetujuan bersabit kalimah Allah untuk bukan Islam itu adalah bukti nyata parti itu sanggup melakukan apa sahaja demi untuk menang pilihan raya.“Jadi perkara itu amat jelas pada kami, ia juga membuktikan kepada kami bahawa Pas ini menggadaikan segalanya untuk menang kerusi.

“Dalam hidup kita ini ada benda yang kita tidak boleh gadai, prinsip  kita tidak boleh gadaikan, tetapi kelihatan mereka menggadaikannya untuk hanya menang kerusi.Semalam Anwar ketika berceramah di Ketereh di sini mendedahkan  kenyataan yang membenarkan penganut agama lain menggunakan kalimah Allah pada 8 Jan lalu disedia dan ditandatangani oleh Abdul Hadi.Anwar dilaporkan berkata apa yang dibentangkan oleh Pas dalam kenyataan itu sedikit pun tidak dipinda olehnya.

Dalam laporan akhbar itu Anwar dipetik sebagai berkata, “Itulah yang kita terima, kenyataan kita itu yang dibentangkan oleh Pas, satu perkataan pun ambo tak pinda, ya, dalam kenyataan itu satu perkataan sepenuhnya daripada awal sampai habis yang Tok  Guru Hadi Awang sign (tandatangan) ana (saya) jadikan kenyataan majlis pimpinan pakatan rakyat yang dipersetujui oleh Pas, Keadilan, DAP”.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL