Beri Mandat Pada BN Majukan Kelantan - PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad menggesa rakyat Kelantan supaya memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang bagi membawa kemajuan ke negeri itu demi masa depan generasi akan datang.Najib yang juga Pengerusi BN berkata, beliau tidak mahu lagi melihat rakyatKelantan terpaksa berhijrah keluar dari negeri mereka demi mengecap kehidupan lebih baik, yang tidak mampu diberi kerajaan negeri pimpinan PAS sekarang."Saya sedih dengar setengah juta orang Kelantan terpaksa berhijrah keluar. Saya tidak mahu ada sejuta lagi orang Kelantan berhijrah keluar. Orang Kelantan ini cekap, malah ramai tokoh di negara kita orang Kelantan seperti Panglima Angkatan Tentera Malaysia (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin).
"Saya percaya barisan ini (tokoh) mampu bantu kerajaan beri perubahan kepadaKelantan jika diberi mandat (memerintah Kelantan)," katanya ketika berucap merasmikan 'Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate Di Perantauan 2013' di StadiumPutra, Bukit Jalil di sini.Turut hadir pada majlis yang disertai kira-kira 15,000 anak Kelantan itu ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Najib berkata, dalam memberi perubahan besar 'gelombang merah' kepada Kelantan, kerajaan BN berdiri teguh di atas dua prinsip penting iaitu Islam dan kemajuan."Kita nak Islam dan kita nak juga kemajuan. Islam ini agama kemajuan, maka prinsip inilah yang memastikan kejayaan kita memajukan Kelantan nanti. Kejayaan inilah yang akan dibawa 'gelombang merah' nanti."Kita tak mahu macam mana dia janji bulan, bintang, syurga dan nak pertahan Islam. Tetapi bila kalimah Allah dipersoal, di mana mereka? Sudah cukup, kita tukar, bo la wei (sudah-sudah lah tu)," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana