Bancian 83% orang Islam setuju kalimah Allah hak Islam


SHAH ALAM: Bancian mendapati lapan puluh tiga peratus umat Islam bersetuju bahawa penggunaan perkataan "Allah" adalah hak mutlak mereka, lapor The Star.Keputusan tersebut diperolehi daripada bancian yang dijalankan antara 23 Januari hingga 6 Februari bertajuk "Pendapat Awam No. 1/2013 Bancian Pengundi Semenanjung Malaysia".Seramai 1,021 pengundi berdaftar telah ditemubual melalui telefon untuk kaji selidik itu, yang bertujuan untuk mengukur persepsi pengundi mengenai isu berkenaan yang dijangka berlarutan sehingga pilihan raya umum.

Selain itu, 52 peratus daripada mereka yang dihubungi oleh Merdeka Centre untuk Penyelidikan Pendapat "sangat tidak setuju" dengan gesaan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali untuk merampas dan membakar salinan Alkitab yang mengandungi perkataan "Allah".Kaji selidik itu mendedahkan bahawa 48 peratus daripada responden "gembira dengan kerajaan" manakala 45 peratus melaporkan bahawa mereka "gembira dengan Barisan Nasional (BN)".

Kira-kira 61 peratus daripada responden juga menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Secara keseluruhannya, 56 peratus daripada responden berpendapat bahawa negara itu telah bergerak ke arah yang betul.Responden telah dipilih berdasarkan persampelan rawak berstrata berdasarkan etnik, jantina dan negeri kediaman.

Comments

Popular posts from this blog

'Saya Tak Boleh Hidup di Malaysia Jika Hudud Dilaksanakan' - Marina Mahathir

Wajib Baca....8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia