Anwar Tidak layak bergelar pejuang antirasuah...Mulutnya Saja Cakap Porahhhh
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang tidak layak menggelarkan diri mereka sebagai pejuang antirasuah.
Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, kesungguhan pembangkang memerangi rasuah diragui memandangkan mereka diketuai seorang pemimpin yang disifatkan sebagai sesumpah Machiavelli atau 'Machleon' (Machiavellian chameleon) dengan rekod yang dicemari isu-isu etika.
Menurut beliau, Anwar didakwa pernah terlibat dengan politik wang dan kronisme berskala besar semasa menjadi menteri Kabinet dahulu.
"Penyokong pakatan pembangkang menyatakan Anwar telah berubah selepas dipenjarakan sepanjang 1998 hingga 2004. Anwar kini dianggap sebagai seorang insan mulia yang unggul.
Comments