388 ahli PAS di Besut isytihar keluar parti dan masuk UMNO

 Selepas sedar diri mereka diperbodohkan oleh pemimpin pembangkang, kini semakin ramai ahli akar umbi dari Pas dan PKR di daerah Besut bertindak meninggalkan parti berkenaan dan menyertai Umno.Tamparan paling hebat apabila 388 ahli pembangkang dari empat Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bahagian Besut, mengistiharkan keluar parti dan menjadi ahli Umno.

Mereka menzahirkan niat suci menyertai Umno apabila menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga ADUN Jertih sempena program Selamat Tinggal Pembangkang (STP) di Kampung Pengkalan Nyireh, dekat Kampung Raja, malam tadi.Kemasukan beramai-ramai yang terbesar pernah diadakan itu membuktikan Umno menjadi kepercayaan dan pilihan tepat kepada penyokong Pas dan PKR yang sebelum ini mengakui ditipu dan diperbodohkan oleh pemimpin mereka.Kumpulan terbabit 250 ahli Pas dari DUN Kota Putera, Kuala Besut (83),Jertih (34) dan Hulu Besut 21 menyerahkan borang kepada Idris sambil disaksikan oleh ADUN kawasan masing-masing.

Sumber Di Sini

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana