100 penduduk,Peneroka bantah Habislah Kerajaan KElantan Kali Ini..Tergolek lah


TUMPAT 22 Feb. - Lebih 100 penduduk dan peneroka tanah di Pasir Pekan Hilir di sini, mengemukakan bantahan terhadap tindakan Kerajaan Pas Kelantan yang memindah milik tanah seluas 400 hektar di tebing Sungai Kelantan kepada bukan bumiputera.

Dalam demonstrasi aman pada pukul 11 pagi itu, penduduk kampung terbabit turut mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya memberikan mereka geran kerana mendakwa telah dijanjikan pemimpin itu sendiri sekitar tahun 1990-an.

Seorang penduduk, Mohamad Ismail, 60, berkata, pendedahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) mengenai urusniaga tanah itu kelmarin menggemparkan penduduk yang mendakwa tertipu dengan klausa tebus guna kepada mereka ketika mula-mula mengambil tanah di situ.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL