Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang diselar

PULAU PINANG 31 Dis. - Sikap Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Salleh Man berdiam diri berhubung isu cadangan penggunaan perkataan Allah dalam Bible versi bahasa Melayu diselar ahli-ahlinya sendiri.Lebih dikesalkan mereka, Mohd. Salleh yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) menafikan Pas negeri terbabit dalam demonstrasi membantah cadangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu Jumaat lalu.

Ahli Pas seumur hidup, Azmi Jaafar berkata, Mohd. Salleh dilihat lebih mementingkan jawatan dalam parti dan dalam kerajaan DAP Pulau Pinang sehingga sanggup bersekongkol dengan Guan Eng.Sepatutnya dia (Mohd. Salleh) sepakat dengan kepimpinan Pas Pusat menolak sebarang usaha membenarkan orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah kerana kalimah itu tidak boleh dikongsi.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL