Patutlah pembangkang bising...rupa-rupanya sah Azrul ahli PKR
Patutlah pembangkang beria-ia membela Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang digantung tugas susulan pembentangannya berhubung PRU 13 dengan menjangkakan ‘BN kalah’.
Rupa-rupanya beliau adalah ahli PKR.
Ini diakui sendiri Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali.Cuma yang hairannya ahli parlimen Gombak itu mendakwa tak tahu bila Azrul Azwar jadi ahli PKR dan cabang mana.Betul ke Azmin? Mustahil tidak tahu kerana Azrul tu bukan orang biasa malah kelayakkannya boleh tahan.Apapun, dipercayai beliau ahli PKR di Putrajaya dan dikatakan rapat dengan pemimpin atasan parti itu.Tugasnya antara lain memberikan idea dan imput berhubung ekonomi negeri kerajaan PKR itu.
Comments