BN sedia jika Selangor bubar awal - TPM...Cayalahhh BN
KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) tidak menghadapi masalah sekiranya kerajaan negeri Selangor hendak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal bagi diadakan pilihan raya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Beliau berkata BN bersedia untuk melaksanakan apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan dengan tindakan kerajaan Selangor itu.
"Saya tidak tahu benar atau tidak, dulu dia kata tak nak bubar, sekarang ni nak bubar. Saya tidak tahu apa maknanya itu, adakah maknanya kalau tidak ada pengumuman daripada perdana menteri mengenai pembubaran parlimen, Selangor akan adakan pilihan raya lebih awal.
"Dari segi perlembagaan, dia ada hak, di peringkat negeri, dia boleh nasihatkan Sultan, untuk dapatkan perkenan bubarkan DUN dan adakan pilihan raya, memang ada dalam perlembagaan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin Barisan Nasional Negeri Kelantan di sini, hari ini.
Comments