Ketua Polis Negara Kecewa Anggotanya Minta Rasuah Dari Deejay Suria FM....
Ketua Polis Negara Kecewa dengan sikap anggotanya menerima rasuah dari seorang DJ Radio...Padan muka Angota polis tu..naya naya naya memang naya kebodohannya angota polis terbabit yang tidak kira tempat untuk mengambil Rasuah...Tengok tempat lah sikit mahu ambil duit tu.Sekarang ni kan dah kantoi dengan Ketua Polis Negara.....
KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar kecewa dengan sikap anggotanya yang meminta rasuah daripada penyampai radio Suria FM, Tyzo dan berhasrat mengambil tindakan tegas.Ismail berkata, perbuatan meminta rasuah tidak boleh dimaafkan dan beliau mahu siasatan terperinci dilakukan berdasarkan kepada laporan yang dibuat penyampai radio itu.
“Saya akan siasat. Perkara begini tak boleh dimaafkan. Kalau perlu, kita akan gugurkan keanggotaannya jika benar didapati bersalah,” katanya kepada mStar Online dalam wawancara eksklusif bersama The Star di Ibu Pejabat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, dekat sini pada Khamis.
mStar Online pada Rabu lalu melaporkan Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zoqarnain Idris telah melalui pengalaman ditahan anggota polis kerana kesalahan memandu kereta bercermin gelap dalam satu sekatan Isnin lalu di sekitar jalan Sunway dekat sini.Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, anggota polis trafik tersebut telah memberi dua pilihan terhadap Tyzo sama ada mahu menyelesaikan kes itu dengan cara membayar wang ataupun dikenakan saman.Bagaimanapun anggota polis tersebut melepaskan Tyzo selepas deejay tersebut memaklumkan dia adalah petugas media dan berhasrat melaporkan perbuatan tersebut kepada pihak atasan PDRM selepas mencatat nama dan nombor badannya.Sementara itu Tyzo yang dihubungi mengucapkan terima kasih kepada Ismail kerana memberi respons terhadap aduan tersebut.Malah kata Tyzo, dia juga telah menerima panggilan telefon daripada Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Zulkifli Joned yang mahu mengambil tindakan terhadap perkara itu.“Saya juga akan ke Bukit Aman esok (Jumaat) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mahu mengambil keterangan selepas berita mengenai kes ini disiarkan di media.

Comments