Gambar terbaharu misi Rohingya Kelab Putera di Myanmar

KEMASKINI :Setakat ini nampaknya semua berjalan lancar dalam urusan misi kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) untuk membantu penderitaan masyarkat Rohingya di Myanmar.
Rombongan utama misi itu diketuai oleh Datuk Azeez Abdul Rahim yang tiba di Yangon Sabtu malam pada tengahari Ahad berlepas ke bandar Sittwe menaiki pesawat komersial tempatan merentas jarak 495 kilomiter ke wilayah bergolak itu.

burmaxx
Wartawan Agendadaily Mohamed Hiekal yang disertai oleh jurugambar Mohd Hilmi Jaafar melaporkan ketibaan Azeez dan rombongan telah disambut oleh Ketua Menteri Wilayah Rakhine, Hla Maung Tin sendiri di lapangan terbang.
Rombongan mereka turut disertai oleh Menteri Hal Ehwal Sempadan Myanmar, Mejar General Zaw Winn dan Duta Malaysia di Myanmar , Dr Ahmad Faisal Muhamad.


misi8yy

Setelah ke hotel penginapan ,rombongan kecil yang disertai oleh Azeez, Ketua Menteri Rakhine dan Menteri Hal ehwal sempadan Myanmar, Duta Malaysia, Ketua Sami Buddha Malaysia Datuk K. Sri Dhammarathana dari Malaysia dan 8 orang wakil media dari Malaysia pergi ke Kuil Lawka Nandar.

misi9yy
Di kuil terbesar di daerah Sittwe mereka telah mengadakan pertemuan dengan Ketua sami Buddha daerah Sittwe, Badanda Pentita.
Tujuan pertemuan ini adalah untuk memberitahu mengenai tujuan misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ini.

misi10yy
Ketua Sami Buddha Malaysia menberitahu bahawa Malaysia juga merupakan satu negara yg mempunyai berbilang kaum dan hidup dalam suasana yang penuh harmoni atas semangat perpaduan.
Wakil rombongan ini juga dibawa melawat kuil ini selepas itu. Pihak kuil berbesar hati atas kehadiran misi ini.

misi11yy
Esok Isnin,misi akan memulakan usaha agih bantuan.Mengikut rancangan bantuan akan diagihkan ke dua buah kem pelarian orang Islam Rohingya dan dua kem pelarian yang dihuni oleh mereka yang beragama Buddha.
Jaringan internet agak lembab manakala hubungan komunikasi terhad di Sittwe.

misi12yy
Suasana di sekitar bandar itu tenang sahaja.
Namun begitu kelihatan pasukan tentera Myanmar mengadakan sekatan jalanraya di beberapa tempat.

misi13yy
Perintah berkurung dikenakan mulai jam 6 petang hingga 7 pagi.




Tentera Myanmar akan iringi misi kemanusiaan Rohingya Kelab Putera


misi6xx

Pasukan tentera Myanmar akan mengiringi Misi Bantuan Kemanusiaan Rohingya Kelab Putera I Malaysia (KP1M) bagi menjamin keselamatan rombongan ini ketika di kem pelarian nanti.
Wartawan Agendadaily Mohamed Hiekal yang tiba di Yangon Sabtu malam bersama rombongan utama KPIM seramai 31 orang diketuai Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim memberitahu mereka akan berlepas ke Sittwe yakni bandar terbesar di Arakan kawasan Rohingya tengahari ini (Ahad).
Turut bersama Hiekal ialah jurugambar Agendadaily Mohd Hilmi Jaafar.

Rombongan akan menaiki perkhidmatan penerbangan tempatan.
Sebelum itu ketibaan rombongan di lapangan terbangan Yangon dari Kuala Lumpur dengan pesawat Air Asia tidak menghadapi sebarang masalah.

misi5x
Pihak media tempatan telah datang membuat liputan ketibaan rombongan serta menemuramah Azeez.
Proses imigresen berjalan lancar dan pihak lapangan terbang telah menyediakan laluan khas untuk anggota misi.
Seurus tiba semua mereka dibawa ke menaiki bas bas menuju ke Kedutaan Malaysia di Pyidaungsu Yeiktha Road.
Di situ mereka disambut oleh Duta Malaysia, Dr Faizal Muhamad. Anggota rombongan khususnya pihak media diberi taklimat mengenai keadaan ketika hendak bertugas di kawasan kem pelarian kelak. Azeez juga memberi sedikit ucapan selepas itu.
Kumpulan pertama angggota misi seramai 14 orang yang tiba di Yangon sebelum ini telah berlepas ke Sittwe semalam (Sabtu).

misi4xx
Mereka diketuai oleh Mohd Farid Hassan.
Kemungkinan besar laporan mengenai aktiviti misi semasa di Arakan agak rumit dikirim kerana akses internet agak lembab dan sistem telekomunikasi terhad.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL