Gambar Sepagi PM di perkampungan nelayan....


Najib mengadakan walkabout mendekati penduduk sekitar pekan Tanjung Dawai serta beramah mesra dengan orang ramai dan peniaga tempatan.Perdana menteri kemudian menziarahi keluarga Kong Ah Mooi, 88, seorang peniaga di pekan Tanjung Dawai yang meninggal dunia Isnin lepas.
Beliau kemudian bersarapan bersama orang ramai di gerai Arked Mara Tanjung Dawai.
Perdana Menteri dihidangkan dengan makanan tempatan iaitu peknga (lempeng daripada tepung dan kelapa), gedung chak (diperbuat daripada tepung pulut dan kelapa) pulut inti dan gula hangus.
Semua makanan itu disediakan oleh chef Mohd Shaifuddin Rosli dari Giat Mara Merbok.
Perdana menteri kemudian berlepas ke Pantai Merdeka untuk merasmikan program Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kedah dengan menaiki bot Polis Marin dari jeti Tanjung Dawai dengan diiringi hampir 40 buah bot nelayan.Pada petang ini, beliau dijadual menghadiri majlis pelancaran penjenamaan dan pemasaran baharu Langkawi dan majlis bersama rakyat Pulau Tuba, perasmian Klinik Rakyat 1Malaysia dan melawat Sub Station Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Langkawi sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.-

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana