Chua Soi Lek hentam China Press...fuyoooo


KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini menempelak China Press kerana media tersebut hanya memainkan isu apabila mengatakan penyokong pulang semasa ucapannya.“Bila kita ada majlis yang dihadiri 15,000 orang dan ditangguhkan akibat hujan, sudah pasti kita sudah menjangkakan penyokong akan pulang,” katanya.“Hanya China Press yang berkata demikian.” ujarnya.China Press sebelum ini melaporkan hanya 20 peratus dari orang ramai yang datang pada majlis makan malam MCA di Kulai, Johor pulang semasa Chua berucap.
Menurut Chua, hujan lebat turun pada jam 7.30 malam dan menyebabkan majlis itu ditunda dari 7.15 malam kepada 8.15 malam.“Pada jam 8, meja kembali penuh dan kami sangat gembira,” katanya lagi.Pengerusi MCA Johor itu berkata, walaupun insiden itu berlaku, majlis makan malam tersebut menunjukkan rakyat Johor tidak mengenepikan parti tersebut.“Mereka datang dan membayar tiket dan itu menunjukkan sokongan mereka terhadap kami.“Apabila hujan, meja basah, kerusi pun basah, tetapi mereka sudi duduk untuk mendengar ucapan.
“Tidakkah itu petanda mereka masih mahu mendengar?”Pada Isnin, timbalan presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mengatakan bahawa Johor masih kubu kuat parti tersebut.Liow mengambil contoh beberapa “makan besar” yang menunjukkan sokongan orang ramai terhadap parti tersebut.
“Saya di Kampar pada Sabtu lalu dan lebih 6,000 orang telah hadir.“Orang meninggalkan majlis bukan bermakna tidak ada sokongan terhadap parti,” katanya lagi.
MCA telah menganjurkan 9 “makan besar” setakat ini, dan merancang untuk 20 atau 30 lagi acara tersebut dalam masa dua bulan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana