Tak sudah sudah..macam macam pembohongan dihambur di Himpunan Hijau bantah projek RAPID

Dimana saja ada projek besar yang akan beri impak kepada peluang pekerjaan dan ekonomi setempat di situ mereka datang nak buat kecoh.Lepas kacau Lynas di Kuantan,kemudian Raub ...pagi Ahad mereka berhimpun di  Sungai Rengit di Pengerang, Johor.Sekitar 3,000 geng
pembangkang,kebanyakan orang Cina dari  luar sertai Himpunan Hijau di Dataran Sungai Rengit kononnya untuk membantah impak alam sekitar  projek loji minyak dan gas Petronas RAPID bernilai RM60 billion.Antara bos pembangkang yang turun untuk konon jadi hero penduduk Pengerang ialah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub,Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Mazlan Aliman,orang kanan PKR Datuk Chua Jui Meng dan aktivis pembangkang Hishamuddin Rais.Apapun sasaran mereka hendak menghimpunkan 20,000 di situ nyata gagal.Namun untuk cover kegagalan itu penganjur main hentam umum antara 7,000 hingga 8,000 orang hadir.Dari pemantaun jelas sekali kebanyakan yang datang adalah mereka dari luar kawasan.Pembangkang mengharapkan perhimpunan seperti ini akan bagi markah politik untuk mereka pada pilihanraya umum ke 13.

Pada perhimpunan bermula 10 pagi dan berakhir 11.45 pagi itu  pelbagai temberang dihambur  untuk api-apipkan penduduk di kawasan hujung Selatan Johor menentang projek berkenaan.
Selain alasan alam sekitar dan tidak puashati jumlah pampasan mereka membuat dakwaan melulu termasuk kerajaan negeri Johor terima rasuah dari syarikat Dailog yang terlibat projek berkenaan.
Ahli Parlimen Barisan Nasional kawasan Pengerang,Datuk Azalina Othman Said juga dijadikan sasaran kononnya beliau tipu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiada bantahan untuk projek berkenaan.Paling memualkan penganjur mendakwa kononnya beliau dijemput sama menghadiri perhimpunan itu.

Ketika dihubungi Azalina kata ' Pembohong besar...tiada sebarang jemputan rasmi dihantar pada saya'.Selain kesal dengan sikap pembangkang untuk cetus sensasi beliau sudah set hendak saman  Ahli Jawatankuasa PASA Pusat Mazlan Aliman yang buat pelbagai dakwaan bohong dalam ucapannya di perhimpunan itu termasuk tipu Perdana Menteri.Sebilangan penduduk Pengerang yang tertawa melihat gelagat peserta himpunan itu.Bagi mereka projek RAPID itu pasti akan membawa pelbagai impak ekonomi di kawasan pedalaman iotu."Sudah tidak ada modal...projek yang bagi peluang pekerjaan dan bangunan kawasan ini hendak dibantah.Kita faham mungkin ada sikit sebanyak masalah dari segi tuntutan pampasan dan sebagainya.

"Itu semua masalah kedcil yang boleh diatas melalui rundinmgan.Ini mereka nak main pukul hentam  semua tipu,rasuah,rakyat sini ditindas dan segala macam dakwaan lain."Kalau ikut pembangkang kita semua kena duduk dalam hutan.Jangan ada pembangunan.Mereka tentu senang hati negara tidak maju.Lynas protes...sini protes...bodoh sangat ke kami nak ditipu oleh gelagat pembangkang yang standard ini"kata salah seorang  dari mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana