PAS Merudum Di Tumpat Bahkan Seluruh Negeri Kelantan...Tanda Tanda Awal Akan Tumbang Lah Tu

                                           Kosong! Majlis hari raya yang hambar.
 
Usaha sambung nyawa PAS Kelantan di Parlimen Tumpat khasnya di DUN Wakaf Baru berakhir dengan hambar semalam. Di sebelah siangnya majlis jamuan hari raya tidak mendapat sambutan langsung setelah terdapat penentangan diperingkat akar umbi PAS manakala di sebelah malamnya pula tidak lebih 1,500 orang hadir di dalam ceramah raksasa bertajuk “Pertahankan Kerajaan Islam Kelantan”.Jika perhitungan semalam diambil serius bererti hanya 1,500 orang yang mahu mendengar ceramah mengenai mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan. Apa jadi selebihnya? DUN Wakaf Baru mempunyai lebih 20,000 pengundi berdaftar dan Parlimen Tumpat pula mencecah hampir 100,000 pengundi. Ia merupakan kawasan Parlimen yang terbesar di Kelantan. Parlimen Tumpat mempunyai 4 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 3 daripadanya dimenangi oleh PAS dalam PRU 12 2008 lalu.

Sebelum ini pihak penganjur galak meramalkan jumlah kehadiran yang luar biasa kerana beberapa faktor yang antaranya ialah kerana ia dibuat di perkarangan rumah Ketua Cawangan UMNO di dalam DUN Wakaf Baru. Pihak penganjur juga secara terbuka mengucapkan ribuan terima kasih kepada blog ini kerana memberikan pelbagai publisiti untuk program tersebut. Malangnya, blog ini pun tidak mampu untuk membantu PAS di Tumpat dan Wakaf Baru.
                               Pelbagai aktiviti dan persedian tidak membuahkan hasil.
 
Sebelum ini blog ini melaporkan rungutan daripada akar umbi PAS yang mendakwa tidak senang dengan penganjuran yang ‘ada udang disebalik batu’ kata mereka. Ini mengakibatkan ada dikalangan mereka secara terbuka menyatakan penentangan menerusi sms-sms dan edaran nota.
Ceramah raksasa disebelah malam itu juga menyaksikan kehadiran 3 gergasi PAS hadir memberikan ceramah ialah YB PAS Tumpat, YB PAS Wakaf Baru dan Musyidul AM PAS sendiri iaitu Nik Aziz. Namun begitu nama YB Timbalan Menteri Besar yang juga ADUN PAS Pasir Pekan, iaitu salah satu DUN dalam Parlimen Tumpat tidak pula tersenarai.

BOLEH DIKATAKAN PELUANG UMNO MERAMPAS KELANTAN INSYALLAH CERAH DENGAN BERKAT KUASA ALLAH....RAKYAT KELANTAN SUDAH MUAK DENGAN KERAJAAN PAS KELANTAN.

Lebih Lanjut lagi Di sini...Terbaik Sekali
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment