PETALING JAYA 24 Sept. - PAS dan UMNO disaran
mencari satu jalan penyelesaian terbaik dalam memastikan umat Islam di Negara
ini terus bersatu tanpa mengira fahaman politik melampau.Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr. Hasan Ali
menjelaskan, soal bentuk penyatuan yang bakal dibentuk mampu diputuskan jika
ianya diperbincangkan menerusi Muzakarah.“Tak kira siapa masuk siapa…yang penting
perpaduan dan penyatuan (orang Melayu),” katanya dalam satu kenyataan media di
sini hari ini.Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata
demikian susulan gesaan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin
kepada PAS agar keluar dari kerjasama Pakatan Rakyat merujuk kenyataan Pengerusi
DAP Perak Ngeh Koo Ham berkaitan isu penerbitan Filem Innocence of Muslims
baru-baru ini.
Hasan Ali turut menambah antara faktor kesukaran
beberapa pimpinan PAS menolak untuk mengadakan sebarang penyatuan bersama UMNO
disebabkan persepsi beberapa pemimpin parti komponen BN itu yang dilihat mungkin
kurang mempamerkan amalan yang bersifat Iebih Islamik seperti berkunjung ke
Masjid bersama masyarakat.“Mungkin kurang pergi masjid, jadi orang PAS
tidak suka dengan UMNO,” tambahnya.
