Apa Nak Jadi Ni UNISEL Pelajar Terkandas....Buruknya Pertadbirannya

KUALA SELANGOR – Lebih 1,000 pelajar lama Universiti Selangor (Unisel) tidak dapat mendaftar masuk ke asrama masing-masing semalam apabila pejabat pengurusan kolej kediaman itu di sini masih tidak beroperasi.Tinjauan Kosmo! di universiti itu semalam turut menemui beberapa kumpulan pelajar yang masih duduk menanti di hadapan Dewan Biru institusi tersebut.Beberapa pelajar wanita juga ada yang dilihat melepaskan penat di surau asrama berhampiran apabila mereka tidak mendapat kunci kediaman dan mengakui terpaksa menumpangkan barang-barang di rumah rakan yang terletak di kawasan berhampiran.
Dua beradik dari Sabah, Nurini Anwar, 20, dan Nurhaya, 18, yang baru tiba dari Sabah berkata, mereka terkejut apabila hanya mengetahui keadaan itu sebaik sampai di situ kira-kira pukul 9 pagi semalam.
Mereka yang masing-masing merupakan pelajar semester dua bagi program Diploma Pendidikan Awal turut mengakui tidak tahu ke mana hala tuju mereka selepas itu kerana tidak ada pihak yang tampil untuk menjelaskan masalah sebenar.

“Kami tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang kira-kira pukul 1 pagi dan tidur di sana sebelum menyewa teksi dengan bayaran RM115 untuk sampai ke Unisel“Bila sampai di sini, kami ingatkan sudah boleh kemaskan barang-barang di asrama dan pergi kuliah seperti biasa tetapi lain pula yang berlaku,” kata Nurini ketika ditemui di sini semalam.Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Unisel, Mohd. Jeffri Abu Hassan memberitahu, pihaknya sudah melakukan perbincangan dengan Bahagian Unit Kebajikan Unisel dan mereka berjanji akan menyelesaikan masalah itu segera.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana