ALHAMDULILAH.... Tukar Bendera : Wira Perkasa Desak Ambil Tindakan Tegas
KUALA LUMPUR, 31 Ogos - Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap penyebaran risalah menukar Jalur Gemilang diambang Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke-55. Beliau mendakwa perkara ini sebagai suatu yang serius dan perlu diberi perhatian berat memandangkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan risalah ini. "Apa tujuan sebenar risalah ini dikeluarkan dan diedarkan malam tadi? Ini adalah satu hasutan yang nyata kepada rakyat. "Bendera Malaysia melambangkan kedaulatan sesebuah negara, namun ia dilacurkan oleh pihak yang cukup tidak bertanggungjawab.
Wira Perkasa memandang serius perkara ini. Kita menganggap pihak ini secara sengaja mencabar kedaulatan dan tidak menghormati negara dan raja-raja Melayu," katanya. Ketua Wira Perkasa ini juga menempelak sikap tidak bertanggungjawab pihak yang didakwa beliau sebagai tidak ubah seperti manusia yang yang tidak bertamadun dan bersikap kebudak-budakan. "Apakah tujuan sebenar mereka ini? Adakah motif mereka mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Republik? "Kita amat berharap pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjalankan tugas seperti biasa dan menjadi benteng kpd rakyat dan negara," tegas beliau. Belau turut menegur sikap Peguam Negara yang didakwa tidak menjalankan tugas dengan sewajarnya. Beliau turut mengambil contoh hampir 6,000 laporan polis telah dibuat terhadap Pengerusi Bersama Bersih 3.0 Ambiga Sreevanasan namun tiada satu tindakan drastik dan tegas diambil sehingga kini. "Wira Perkasa merasakan perbuatan menyebar risalah menukar Jalur Gemilang ini merupakan suatu penghinaan yang terburuk dalam sejarah Malaysia," katanya.
ORANG TUA INILAH KEPALA BERSIH....PTUIHHHHHHH...
Comments