160 Ahli PAS Penduduk Pulau Melaka Sertai UMNO...Kawasan Nik Aziz Tu bebbb
KOTA BHARU, 19 Julai - Pulau
Melaka kawasan kediaman Menteri Besaer Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mata
dikejutkan setelah 160 orang penduduk menyerahkan borang keahlian UMNO kepada
Dato Seri Jamil Khir Bin Baharom sambil disaksikan oleh Ketua Bahagian UMNO
Pangkalan Chepa, Datuk Dali Bin Husin ketika majlis perasmian Gelanggang Silat
1Malaysia yang diadakan pada 18 Julai 2012, jam 3.30 petang di Kampung Babong,
Pulau Melaka.
Majlis berkenaan dihadiri oleh 1,000 orang
penduduk dan Jamil Khir turut memberi bantuan sebanyak RM 5,000 untuk
pembangunan silat di Kampung Pulau Melaka serta empat buah khemah untuk
penduduk. Rata-rata yang hadir dalam majlis ini terdiri daripada pengikut PAS.
Majlis yang dianjurkan sendiri oleh penduduk Kampung Babong.
Pulau Melaka yang diketuai oleh Haji Muhammad Din
bergotong-royong sesama mereka untuk memanggil Menteri bagi mendengar rintihan
rakyat memandangkan wakil rakyat mereka gagal melaksanakan tugas dengan baik
walaupun tinggal berdekatan dengan rumah kediaman Menteri Besar Kelantan.Borang keahlian UMNO diserahkan oleh empat wakil
yang mewakili kampung masing-masing antaranya wakil Kampung Pulau Melaka yang di
wakili oleh Azlan Che Pa, Kampung Babong oleh Mohd Fadhil, Kampung Ujong Tanjung
oleh Raja Ali dan Kampung Tok Ku oleh Azwa. Mereka ini dahulunya adalah pengikut
kuat PAS sebelum ini.
Antara punca mereka memasuki UMNO adalah
disebabkan oleh tindakan PAS Pangkalan Chepa yang diketuai oleh MB Nik Aziz dan
Nik Amar telah mengabaikan kebajikan penduduk di kawasan kampung Pulau Melaka
itu sendiri yang menjadi tempat kediaman MB Kelantan. Malah menurut mereka
kepimpinan Nik Aziz tidak mengendahkan kebajikan rakyat dan terus membiarkan
rakyat hidup dalam kemiskinan walaupun tinggal hanya beberapa meter dari rumah
Nik Aziz.Nik Aziz juga dikatakan lebih mengutamakan rakyat
dari luar kawasan termasuk dari negeri lain untuk berjumpa dan mendengar masalah
berbanding dari rakyat di kawasan sendiri. Malah Nik Aziz juga sanggup memberi
bantuan kewangan kepada peserta BERSIH 3.0 daripada bantuan kepada rakyat miskin
di kawasan berkenaan. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat dan menyebabkan
penduduk bertindak memasuki UMNO sebagai manifestasi ketidakpuasan hati
rakyat.
Sebaliknya penduduk lebih yakin dengan kepimpinan
Perdana Menteri yang dilihat ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam membantu rakyat
tanpa mengira latar belakang kaum mahupun politik. Kesungguhan PM dalam membantu
rakyat telah memikat hati mereka untuk memasuki UMNO dan bersama-sama ingin
membantu menjayakan transformasi PM dalam memperkasakan agama, bangsa dan
negara.
Salah seorang daripada wakil dari Kampung Pulau
Melaka, Azlan Che Pa menyatakan mereka mahu melihat kemajuan dan perubahan di
kampung mereka disamping ingin melihat kehidupan rakyat berubah setanding dengan
rakyat di negeri lain.
Beliau juga mengharapkan rakyat di seluruh
Kelantan bersama-sama berubah untuk kemajuan diri kerana selama 22 tahun PAS
memerintah Kelantan mereka masih gagal memajukan rakyat. Tempoh masa yang
terlalu lama telah diberikan kepada PAS dan kini sudah tiba masanya untuk rakyat
Kelantan membuat perubahan.
Menurut beliau lagi kalau penduduk di Kampung
Pulau Melaka sendiri sudah tidak mempercayai kepimpinan PAS apatah lagi penduduk
di kawasan lain turut diminta menolak PAS. Beliau yang ditemui tidak mahu
berceritakan tentang keburukan Nik Aziz kerana tidak mahu mengaibkan Nik Aziz
namun hakikat sebenar yang rakyat perlu ketahui adalah Nik Aziz dan Nik Amar
gagal menjalankan tugas dengan baik dan kesannya telah dirasai oleh penduduk
Kampung Pulau Melaka sendiri.
Comments
Kalu fatwa PAS untuk kegunaan PAS saja ertinya JELASLAH PAS NI SESAT!!!! Tok soh la ikut lagi..boa laaaaa.