PADAN MUKA MARINA KENA SOUND OLEH DR MAHATHIR....

Sikap suka cakap lepas dan anti-establishment Datin Pasuka Marina Mahathir yang makin menjadi akhir-akhir ini ditegur oleh ayahnya sendiri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Mahathir mahu anak sulungnya itu berhati-hati dalam tindakan terutama sokongan beliau kepada kumpulan seperti Bersih dan golongan yang menyokong komuniti lesbian, gay, transgender dan biseksual (LBGT). Marina tampil dalam demonstrasi Bersih 2.0 sebelum ini dan media-media pro pembangkang galak menyiarkan krtitikan demi kritikan beliau terhadap kerajaan kini. Sebagai anak sulung bekas PM selama 21 tahun, kata-kata Marina digunakan sebagai 'senjata' oleh pihak pembangkang untuk tibai kerajaan atau dalam kata lain Marina jadi 'perkakas' kepada agenda pembangkang. Tindak tanduk tersebut tidak dipersetujui Dr Mahathir, kerana bagi beliau sebagai ahli keluarga, Marina perlu lebih sensitif terhadao implikasi kenyataan-kenyataan beliau.“Saya harap beliau akan sedar apa yang dilakukannya untuk kebaikan diri, tidak elok untuk kerajaan pemerintah. Beliau juga perlu bersifat sensitif terhadap adiknya yang akan bertanding pilihan raya nanti,” kata Dr Mahathir merujuk kepada Datuk Mukhriz Mahathir.“Mungkin sebab dia tidak ada matlamat, jadi dia buat apa yang dia rasa sahaja. Saya tidak bersetuju dengan apa yang dilakukannya, tapi sekarang kita tidak lagi boleh mengarahkan anak kita ‘jangan begitu, jangan begini; mereka boleh fikir sendiri,” katanya. Dr Mahathir berkata beliau menghormati pendirian anak perempuannya itu, namun tidak bersetuju dengan “penyertaan” beliau terhadap Bersih, yang mana matlamatnya telah di'hijack' oleh pembangkang. Menurutnya, golongan minoriti dalam politik di Malaysia tidak menghormati golongan majoriti, dengan menimbulkan berbagai masalah, membuat kacau seperti demontrasi jalanan dan sebagainya. "Ini sebenarnya menafikan demokrasi," kata beliau. Beliau turut menggesa anaknya itu meletakkan garisan untuk memberikan sokongan terhadap golongan LBGT. “Dia tidak pernah cakap dia menyokong perkara itu; lelaki kawin lelaki, perempuan kawin perempuan... Dia ambil berat berkenaan mereka ... namun perlu ada batasan antara mereka.” Katanya lagi, Marina perlu mewujudkan sempadan berkenaan isu LGBT iaitu sejauh mana beliau memberi sokongan kepada golongan itu dalam sebuah negara seperti Malaysia. “Memang beliau seorang aktivis yang menolong ramai orang termasuklah golongan ini, tapi dia perlu jelaskan pendiriannya,” katanya. Marina yang pernah menjadi pengasas dan Presiden Majlis Aids Malaysia memang dikenali rapat dengan komuniti LGBT di negara ini, yang sejak tsunami politik 2008 lebih cenderung menyokong pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar dilihat lebih liberal pandangannya terhadap golongan 'tak tentu jantina' ini. Sementara itu, mengulas mengenai politik dan masa depan satu-satunya anak beliau yang terlibat dengan politik, Mukhriz, kata Tun Dr Mahathir beliau akan membantu anaknya dalam pilihanraya nanti. “Saya akan menolong beliau, namun apa yang dia buat, jawatannya, terpulang kepada parti. Jika dicalonkan sebagai menteri besar, saya sokong. “Parti biasanya tidak mencalonkan orang untuk menteri besar; kita tak tahu menang ke tak jadi ia biasanya dicalonkan di peringkat negeri atau persekutuan,” kata beliau. Beliau telah ditanya oleh Datuk Jahabardeen berhubung spekulasi Mukhriz akan dicalonkan sebagai menteri besar Kedah jika BN menang di Kedah dalam PRU13. Mukhriz merupakan Timbalan Ketua Umno Kedah dan ahli Parlimen Jerlun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana