KDN Papar Video Rakaman BERSIH 3.0 di Portal KDN Rabu ini.

Video Rakaman perhimpunan BERSIH 3.0 yang disimpan pihak Kementerian Dalam Negeri bakal dipaparkan pada Rabu ini menerusi Laman Web kementerian tersebut.Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, paparan video tersebut bertujuan bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk menilai sendiriperspektif sebenar tentang kejadian dalam perhimpunan itu.Beliau turut menjelaskan ianya membuktikan pihak Kerajaan sentiasa bersifat terbuka dalam membuka minda masyarakat di Negara ini seterusnya membuat rumusan berdasarkan fakta dan bukan pertimbangan lain yang sempit serta perhitungan tertentu.

 "Video ini juga bantu semua pihak yang berkepentingan untuk cari pertimbangan sewajarnya untuk masa hadapan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama pemimpin dan pelancaran buku 'Dian Desa 2012' di Sekolah Rendah Kebangsaan Ladang Mutiara, Kahang di sini hari ini.Hishammuddin juga mengesahkan KDN sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang tindakan saman jika ada mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan sumber rakaman video berkenaan."Itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab yang terpaksa dipikul dan jika apa yang kami rakamkan itu tidak berdasarkan fakta, kami mengalu-alukan jika ada pihak ingin menyaman KDN. Ini kerana apa yang kami kehendaki ialah pembelaan bukan sahaja kepada pihak yang berhimpun tetapi kepada pihak polis juga, pihak media yang dikasari pun tuntut pembelaan," katanya.

Pihak KDN juga menggesa masyarakat agar turut sama membantu polis untuk mengesan mereka yang terlibat dalam perhimpunan yang turut disertai ketiga-tiga parti di bawah kerjasama Pakatan Rakyat itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana