Dinar Kelantan Tidak Boleh Jadi Mata Wang – Mufti

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan tidak boleh menjadikan dinar atau dinar emas Kelantan mata wang selagi tidak mendapat kelulusan Kerajaan Pusat atau Bank Negara Malaysia (BNM). Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, perhiasan untuk simpanan seperti barangan kemas selagi ia tidak mendapat kelulusan daripada pihak yang berkenaan. Sehubungan itu katanya, selagi ia tidak mendapat kelulusan BNM, tidak timbul isu ia perlu diletakkan di bawah ‘ulil amri’ negeri iaitu sultan atau pun baitulmal. “Kita kena faham negara kita Malaysia ada mata wangnya, jadi sebarang yang hendak dijadikan wang perlu bertaraf mata wang, jadi apakah dinar yang ada ini sudah bertaraf mata wang. “Dinar yang ada sekarang tidak termasuk dalam kategori mata wang. Ia hanya macam barang perhiasan lain. Untuk dijadikan mata wang, ia tertakluk kepada undang-undang negara ini, mata wang terletak pada Bank Negara,” katanya ketika diminta mengulas cadangan bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade (KGT) Sdn Bhd, Nik Mahani Mohamad agar ia diletakkan di bawah sultan atau baitulmal bagi mengelakkan berlaku salah guna atau pengambilan untung yang berlebihan. Isu dakwaan salah laku tersebut selepas penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendedahkan tiga laporan polis yang dibuat ke atas seorang pegawai kanan KGT. Ekoran daripada itu, gabungan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kelantan mendesak Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa supaya menjelaskan mengenai salah laku tersebut. Mata wang syariah dinar dan dirham dilancarkan Kerajaan Pas Kelantan pada 12 Ogos 2010. Mohamad Shukri berkata, persoalan sama ada dinar atau dirham perlu diletakan di bawah sultan pada masa sekarang tidak timbul selagi ia tidak diiktiraf sebagai mata wang oleh Bank Negara. “Yang saya bimbang ialah takut eksploitasi sehingga mencertuskan unsur-unsur penipuan, itu bukan soal mata wang. Penjualan emas jangan sampai ada penipuan,” katanya. Mengulas dakwaan bahawa harga dinar emas Kelantan mempunyai susut nilai sebaik sahaja bungkusan plastiknya dibuka, beliau berkata, persoalan tersebut perlu diajukan kepada KGT. “Masyarakat kena tanya kenapa jadi susut, sepatutnya terletak pada nilai pasaran bukan buka atau tidak buka. Harga emas tidak tertakluk kepada buka atau tidak, ia tertakluk pada pasaran sekiranya ia tidak tertaluk pada pasaran tetapi kerana buka itu maka ini ada unsur penipuan,” katanya.

Comments

Mohd Roes said…
“Masyarakat kena tanya kenapa jadi susut, sepatutnya terletak pada nilai pasaran bukan buka atau tidak buka. Harga emas tidak tertakluk kepada buka atau tidak, ia tertakluk pada pasaran sekiranya ia tidak tertaluk pada pasaran tetapi kerana buka itu maka ini ada unsur penipuan,” katanya

Yang berkata ni tak tahu situasi jual beli emas semasa. Kedai emas terkenal no.1 Malaysia Poh Kong pon ade ambik emas yg dah dibuka laminate dgn harga yg sgt rendah berbanding yg xbuka. Silap2 langsung x terima. Bila dah dibuka dianggap emas terpakai katanya. Ini adalah penipuan terang-terang, tapi tak de sape nak pedulik pon. Kat kedai emas cina lain pon sama je termasuk habib jewel yg melayu punye. Kuwait Finance House xkan terima/beli semula emas yg dah dibuka laminate.

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL