Apa Sebenarnya PAS Mahukan......Selepas Di Puchong Di Sini Pulak Tunjuk Perasaan Kariah Masjid Al-Husna Persoal Ketelusan MAIS


PETALING JAYA, 23 Jun 2012 - Satu tunjuk perasaan telah diadakan oleh sekumpulan kariah Masjid Al Husna Bandar Sunway sejurus selepas solat Jumaat, semalam, 22 Jun 2012 . Tunjuk perasaan yang dihadiri lebih kurang 100 orang kariah itu mempertikaikan tindakan dan ketelusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menukar sebahagian daripada senarai jawatankuasa Masjid Al Husna yang dipilih oleh kariah melalui undian. Wakil kariah Masjid Al Husna, Encik Mohamad Rejab yang juga merupakan pengerusi surau As-Salam yang berhampiran menyatakan kekesalan beliau terhadap tindakan MAIS yang tidak menghormati keputusan kariah yang melantik jawatankuasa masjid melalui sistem undian yang telus pada 20/02/2012 . “Mesyuarat agung yang telah diadakan pada 20 haribulan telah berjalan dengan lancar. Semua pemilihan daripada ahli jawatankuasa hinggalah kakitangan masjid yang dilantik dengan telus katanya. Tetapi surat perlantikan yang dikeluarkan oleh MAIS, jauh berlainan” katanya .

En. Mohammad Rejab memberikan contoh Imam 1 yang dipilih oleh kariah secara sebulat suara tidak ada dalam senarai . Selain itu jawatan Imam 2 diberikan pada calon pilihan terakhir oleh kariah. Beliau juga telah memaklumkan kepada media satu memo telah dihantar kepada MAIS baru-baru ini. Tujuan bantahan dilakukan dengan harapan pihak-pihak yang terbabit membuka mata supaya berlaku adil dengan kariah-kariah masjid. Menurut beliau perkara yang sama pernah belaku sebelum ini namun tak keterlaluan. Beliau berpendapat MAIS mungkin menganggap anak-anak kariah masjid juga tidak mengambil kisah dengan pemilihan yang baru ini. Wakil kariah juga meluahkan kekecewaan mereka dengan menyatakan sekiranya perkara sebegini boleh berlaku adalah lebih baik MAIS melantik sendiri ahli jawatankuasa masjid tanpa melibatkan kariah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana