ALHAMDULILAH....BN yakin menang PRU-13

Terbaik dari kata kata seorang perdana Menteri kepada pembangkang tak habis habis soal bila nya tarikh PRU 13 nanti...Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan keputusan beliau masih berteka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 tiada kaitan dengan persoalan tidak yakin Barisan Nasional (BN) akan menang sebaliknya ia demi menghormati mandat selama lima tahun yang diberi rakyat kepada Kerajaan Pusat.dakwaan pembangkang kononnya beliau tidak yakin adalah tuduhan tidak berasas kerana ketika ini tahap sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat dan ia terbukti melalui sambutan diberi orang ramai dalam setiap program mahu pun lawatan.
Jelas beliau, walaupun mendapat sokongan padu, BN tidak mahu bersikap takbur seperti pembangkang sebaliknya mahu menggunakan baki mandat yang ada untuk berkhidmat dan terus membela rakyat melalui pelbagai program yang telah dan bakal diadakan."Tak timbul langsung soal tidak yakin kerana keyakinan kita bersandarkan sambutan rakyat pada setiap lawatan, program, produk baru serta pembaharuan yang diperkenalkan, penerimaan rakyat semakin meningkat,"Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel, Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.Ditanya apakah beliau yakin jika pilihan raya umum diadakan sekarang BN akan memperoleh kemenangan, Najib yang juga Pengerusi BN berkata, pihaknya tidak mahu takbur tetapi yakin rakyat akan membuat pilihan tepat berasaskan rekod perkhidmatan, segala janji ditepati serta pembaharuan yang dilakukan kerajaan. Terdahulu, beliau berkata, sokongan rakyat terhadap lawatan beliau dan Muhyiddin ke seluruh negara sangat memberangsangkan sekali gus memberi petunjuk bahawa keyakinan orang ramai terhadap BN juga semakin kuat dan kukuh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana