TAHNIAH.... SEKARANG RAMAI MUFTI KELUARKAN PENDAPAT UNTUK ORANG ISLAM DAN BANGSA MELAYU

Orang Melayu Patut Sensitif Kenyataan Karpal - Mufti Perlis
Orang Melayu sepatutnya sensitif terhadap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang ingin terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri, kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya pada Jumaat. Sehubungan itu, beliau berharap orang Melayu bersatu padu dan tidak bersifat melampau dalam politik sehingga merugikan bangsa dan agama.
Ketika ditemui pemberita di pejabatnya hari ini, beliau berkata, Umno dan PAS sepatutnya memikirkan ke arah perpaduan termasuk melalui muzakarah."Kita tak sebut Pas dan Umno perlu bersatu tetapi jajaran masing-masing perlu diperbetulkan," katanya sebagai mengulas perkara itu.Menurutnya, perpaduan melalui muzakarah tidak akan dicapai jika ada pihak yang meletakkan syarat untuk menjayakannya.Juanda bimbang bencana akan menimpa orang Melayu dan Islam jika perkara yang boleh membawa kebaikan dipersukarkan. -BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana