Tunku Abdul Aziz bakal dipecat kerana ikut undang-undang2

PETALING JAYA: Nasib Naib Presiden DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang membantah penganjuran Perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, Sabtu lalu akan dibawa ke mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat akan datang.Anwar Ibrahim berkata, sebagai pemimpin tertinggi dalam pakatan, beliau sepatutnya tahu menggunakan kedudukannya itu.

"Beliau perlu menyuarakan bantahan itu kepada pimpinan parti, bukannya melalui media.
"Kita akan bawa perkara ini dalam mesyuarat. Tidak ada sebarang syarat untuk mengusulkan sebarang pandangan kepada mesyuarat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Isnin.Khamis lalu, Abdul Aziz menggemparkan sesi sidang Dewan Negara apabila secara terbuka menyatakan bantahan terhadap penganjuran perhimpunan yang akan menimbulkan keadaan huru-hara.Tegas beliau, bantahan itu berdasarkan pengalaman serta pemerhatian terhadap penganjuran beberapa perhimpunan jalanan di luar negara yang kononnya aman tetapi berakhir dengan keganasan.

Sementara itu, Anwar mengisytiharkan 28 April 2012 sebagai 'Hari Merdeka Rakyat' apabila 300,000 rakyat berhimpun menuntut pilihan raya yang bebas dan adil."Anak-anak muda, wanita dan lelaki dari pelbagai lapisan bangsa dan umur datang dengan kekuatan untuk menuntut kebebasan serta mahu keadilan ditegakkan. Mesej mereka adalah jelas," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL